Kampong community, domestic architecture, and a long history from Tg Rhu and Singapore River
Warga kampung, senibina rumah, dan sejarah panjang dari Tg Rhu dan Sg Singapura
a bilingual event – sebuah acara dwibahasa
Saturday 8 Oct, 2016
2-5pm / ptg
Possibility Room, National Library
Registration via GoLibrary (hyperlink)
Kampung Kuchan / Kuchai Lorong 3 Geylang was a water village originally comprising 64 houses – each one numbered and registered. It was established from the relocation of an older water village at Tanjong Rhu, which had in turn been formed by some of the members of the old Orang Selat and Malay settlement surrounding the residence of Temenggong Abdul Rahman at Singapore River. Singapore’s Orang Selat indigenous community forms its socio-cultural core. Yet Kg Kuchai and Tanjong Rhu had an interesting socio-cultural composition as a result of its policy of accepting requests to settle. It also includes a number of well-known personalities.
The Seminar will begin with a talk by Dr Imran bin Tajudeen that retraces when, how, and why these shifts occurred and provides an overview of the information that is currently available on Kg Kuchai and its ancestor settlements. This is followed by a presentation by Mr Mohd Nassir Ismail on the efforts of former residents to maintain or re-establish ties and to collate old photographs, and a short summary by Mr Awalludin Abdul Jabbar on a project that retraced the genealogy of one of the families from the village. A forum involving former residents of Kg Kuchai will also be held.
This event is brought to you by Singapura Stories,
in collaboration with A2KKL3G Facebook Group (Anak2 Kampong Kuchai Lorong 3 Geylang).
Kampung Kuchan / Kuchai Lorong 3 Geylang adalah sebuah kampung air (kampong ayer) dengan 64 buah rumah asal yang setiap satunya berdaftar. Ianya tertubuh hasil perpindahan kampung air yang lebih tua di Tanjong Rhu, yang sebelumnya merupakan hasil perpindahan sebilangan besar penduduk kampung air di muara Sungai Singapura yang terkait dengan kediaman Temenggung Abdul Rahman. Masyarakat Orang Selat, anak watan Singapura, menjadi penunjang budayanya. Namun, Kg Kuchai dan Tg Rhu juga memiliki pembauran budaya hasil sifat terbuka mengizinkan pendatang luar bermukim bersama. Ia juga pernah menaungi beberapa tokoh terkenal.
Dalam acara ini kita ketengahkan dua jalan cerita Kg Kuchai. Kita buka tirai dengan ringkasan mengenai sejarah panjang masyarakat Kg Kuchai sejak sebelum perpindahan yakni di Tanjong Rhu dan sebelumnya lagi di Sungai Singapura. Berikutnya kita beralih kepada pertalian warga kampong dan kenangan kampong halaman, termasuk bentuk rumah-rumahnya, melalui pembentangan En Nassir Ismail dan Forum untuk semua warga Kg Kuchai yang dijemput. En Awalludin Abdul Jabbar juga akan berkongsi tentang projek silsilah keluarga besar Tok Tambi (Keluarga Muhibbah Zainul Abidin), yang pernah dimulakan tahun 2012.
Acara ini dianjurkan bersama dengan En Mohd Nassir Ismail dengan sokongan Pak Ismail Ahmad dan isteri, Pn Norsiah Jantan.
Acara ini dibawakan oleh Singapura Stories
bersama Kumpulan Facebook A2KKL3G (Anak2 Kampong Kuchai Lorong 3 Geylang).
Programme / Aturcara
2:00-2:30 pm / ptg
Background to a long history: From Singapore River to Tg Rhu and thence to Kg Kuchai Lorong 3, Geylang – Dr Imran bin Tajudeen
Latar sejarah panjang: dari Sungai Singapura ke Tanjong Rhu sampailah ke Kg Kuchai Lor 3 Geylang – Dr Imran bin Tajudeen
2:30-3:00 pm / ptg
Recording and reconnecting the community ties of the former residents through Facebook Group and Gatherings – En Mohd Nassir Ismail
Merakam dan menjalin kembali persaudaraan bekas penduduk melalui Facebook Group dan Perjumpaan: Anak2 Kampong Kuchai Lorong 3 Geylang (A2KKL3G) – En Mohd Nassir Ismail
3:00-3:15pm / ptg
An overview of efforts to document the genealogy of the Descendants of Zainul Abidin, Kg Kuchai – En Awalludin Abdul Jabbar
Ringkasan usaha pendokumentasian susur-galur: Keluarga Besar Zainul Abidin, Kg Kuchai – En Awalludin Abdul Jabbar
3:15-4:00pm / ptg
FORUM involving former residents
FORUM SEMBANG bekas penduduk
– Cari / Kenali Rumah Anda
– Masih ingatkah nama dan gelaran anak2 Kg Kuchai?
– Bahasa / loghat Orang Selat yang hampir terlupakan
– Kaitan dengan Siglap, Brani Telok Saga, Bukom, Sekijang, Siglap, Ayer Gemuroh…
– Kenangan Lumba Kolek
4:00-4:30pm / ptg
Q&A
Sesi soal-jawab
4:30-5:00pm / ptg
Closing
Penutup
Semua dipersilakan hadir!
All are cordially welcome!
Acara percuma dengan pendaftaran (sila klik)
Saturday 8 Oct, 2016
2-5pm / ptg
Possibility Room, National Library
Registration via GoLibrary (hyperlink)
This event is brought to you by Singapura Stories,
in collaboration with A2KKL3G Facebook Group (Anak2 Kg Kuchai Lorong 3 Geylang).
Leave a Reply