Singapura Stories is very fortunate to have two article contributions from an independent scholar, Daeng Paliweng from Johor, Malaysia and a member of the Johor Bugis Association (UGIK), on two of the merchants buried in Jalan Kubor Cemetery, behind Malabar Mosque, Victoria Street, Kampung Gelam town (Kampong Glam) in Singapore.
The first article was on perhaps the wealthiest among the Bugis merchants in early twentieth century Singapore, Haji Osman Daeng Passendrik Ambo Dalle’ bin Haji Ali. He is buried in a very prominent grave with a mausoleum pavilion in Jalan Kubor Cemetery.
In this second article we learn more about another Bugis merchant, a man who is buried in a grave situated right next to Daeng Passendrik’s (see photograph below). He is Haji Mohamad Said La Chongkeng bin Daeng Patompo’, who owned 403 acres of land in several locations in Mandai, Upper Toa Payoh, Bukit Timah, Upper Bedok, and Changi, parts of which were developed as plantations of rubber and coconut as well as orchards. The estates include a portion recorded in maps as Bugis Estate with a Bugis Rubber Works. He also owned miscellaneous landholdings across Singapore, and invested in the purchase of shophouses in various locations across Singapore Town.
His life ended abruptly at a relatively young age (unspecified) in 1923, leaving behind a young widow and two young children.
This article is in Malay, and an English translation will be provided.
To quote this article:
Daeng Paliweng. 2015. “Haji Mohamad Said @La Chongkeng bin Daeng Patompo’.” Singapura Stories, 31 Oct. http://singapurastories.com/2015/10/the-bugis-merchant-haji-mohamad-said-la-chongkeng-bin-daeng-patompo/

One of the pair of grave markers of the grave of Haji Md Said b Daeng Patompok in Jalan Kubor Cemetery, Kampung Gelam (Kampong Glam), Singapore.
HAJI MOHAMAD SAID @ LA CHONGKENG BIN DAENG PATOMPO’
Pengenalan
Haji Mohamad Said bin Daeng Patompo’ merupakan cucu kepada Daeng Tadeleh, saudagar Bugis dan pemilik kapal yang kaya di Kalimantan. Terdapat 2 perbezaan yang ketara antara Haji Mohamad Said dengan saudagar-saudagar Bugis yang awal di Singapura. Yang pertama, Haji Mohamad Said mengumpul modal bukan dengan menjalankan perdagangan antarabangsa dengan berlayar ke seluruh pelosok Alam Melayu, seperti yang dilakukan oleh Daeng Passendrik dan Haji Omar. Yang kedua, Haji Mohamad Said lebih menumpukan pelaburannnya dalam bidang perladangan dan sebahagian kecil dalam bidang perumahan.
Makalah berikut bersumberkan The Straits Times, 27 July 1923, ms 9.
Jasawan
Beliau merupakan salah seorang ahli badan penasihat agama Islam dan terkenal di kalangan pedagang getah di Singapura sebagai seorang pedagang yang disegani.
Pelaburan Hartanah di Singapura
Haji Mohamed Said tinggal di 395 Beach Road dan 148-E Java Road, rumah yang dibeli daripada Haji Abdul Karim @ Bedolah bin Haji Ambo Dalle pada tahun 1920 dengan harga $31,000.00, satu nilai yang tinggi pada masa itu.
Haji Mohamad Said turut aktif dalam bidang pelaburan hartanah di Singapura pada awal tahun 1900-an dan mendapat keuntungan yang tinggi hasil transaksi hartanah yang beliau lakukan. Sebagai contoh pada tahun 1916, Haji Mohamad Said telah membeli tanah seluas 1 ekar di Thomson Road dengan harga $1,300.00 dan sebuah tanah seluas 1 ekar dengan sebuah rumah yang dikenali sebagai 136-1 HUNTLEY HOUSE di Thomson Road dengan harga $4,100.00. Kedua-dua hartanah tersebut merupakan harta peninggalan Lim Yam Neo. Dalam masa 4 tahun, kedua-dua hartanah ini telah dijual oleh Haji Mohamad Said pada harga $30,500.00.
Selain daripada itu Haji Mohamad Said turut membeli beberapa unit hartanah disekitar Singapura daripada lelongan awam sekitar tahun 1913-1915 bagi tujuan pelaburan seperti berikut;
- Rumah dan tanah No 4 Palembang Road 3,743 meter persegi – $2,300.00
- Rumah dan tanah No 3,4 dan 5 Robert Lane 3,975 meter persegi – $3,900.00
- Pegangan bebas tanah di Geylang Road dengan 2 rumah atap seluas 31,997 meter persegi – $1,250.00
- Tanah kosong di Simpang – $60.00
- Tanah kosong di Holland Road, 4 ekar pajakan 999 tahun – $400.00
- Tanah kosong di Kampong Rokok, 2 ekar pegangan bebas – $3,700.00
- No 35 Tanglin Road, 6,131 meter persegi – $1,500.00
- No 866 Serangoon Road 25,342 meter persegi – $2,850.00
- 2 tapak tanah kosong pegangan bebas Geylang Road 8,820 meter persegi – $210.00
- 2 tapak kosong tanah pajakan di Kranji Road 10 ekar – $530.00
Berikut pula adalah senarai harta yang dimilikinya pada tahun pada tahun 1923.
- Rumah kedai di 269 dan 271 Beach Road; 74 Bussorah Street; 32-34 Arab Street; 210 dan 214 South Bridge; dan 45 Cross Street.
- Rumah kediaman di 395 Beach Road dan 148-E Java Road
- Estate seluas 403 ekar merentasi Singapura dari Upper Toah Payoh, Upper Bedoh, West dan East Bukit Timah, Changi hingga ke Mandai. 165 ekar ditanam dengan getah dan 60 ekar dengan kelapa. Ladang getahnya didaftarkan dengan nama “BUGIS RUBBER ESTATE”
- Sebuah kilang getah dengan kemudahan 13 mesin memproses getah, bilik pengering, pejabat rasmi dan rumah buruh di tanah seluas 11,000 meter persegi. Kilang ini didaftarkan sebagai “BUGIS RUBBER WORKS”. Syarikat Haji Mohamad Said ini juga memiliki 2 buah lori jenis Derby dan Brockway dengan nombor pendaftaran S-113 dan S-255 untuk mengangkut hasil getah.
Perladangan
Beliau memiliki ladang-ladang getah, kelapa dan dusun yang luas di Singapura dan berperanan sebagai ejen pelaburan bagi hartawan Bugis dari Pasir dan Pegatan.
Ladang getahnya di beri nama Bugis Estate manakala kilang getahnya di namakan Bugis Rubber Factory, antara yang terawal di Singapura. Beliau turut memiliki 11 buah rumah kedai di Beach Road, Bussorah Street, Java Road, Cross Street dan South Brigde, semuanya terletak di kawasan Bandar komersil Singapura.
Bugis Rubber Works
“Bugis Rubber Works” telah didaftarkan sebagai syarikat milikan tunggal oleh Haji Mohamad Said pada 12 Julai 1919 (SFPMA) dengan perniagaan berteraskan perladangan dan penternakan. Syarikat ini beralamat di Lavender Street dan mempunyai ladang getah yang luas dengan kapasiti memproses getah susu kepada getah keping untuk dijual kepada pihak industri. Ladang Haji Mohamad Said turut terlibat dalam perternakan rusa, burung kasawari, lembu, angsa, burung merak, kijang, kambing dan burung untuk tujuan komersil dan hiburan.
Akhir hayat
Namun, jangka hayat perniagaan beliau tidak lama apabila akhbar The Straits Times bertarikh 26 Julai 1923 melaporkan kematian Haji Mohamad Said pada hari Selasa, 24 Julai 1923, meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil.
Dalam senarai pewarisan Daeng Passendrik, anak-anak Haji Mohamad Said – Abdullah Haji Mohamad Said, Abdul Malik Haji Mohamad Said, Siti Hatijah dan Siti Jariah Mohamad Said – turut menerima harta peninggalan Daeng Passendrik. Fakta ini menunjukkan wujudnya hubungan kekeluargaan antara Haji Mohamad Said dengan Daeng Passendrik.
Beliau dikatakan meninggal dalam usia yang sangat muda. Isteri beliau, Chabak binti Lasaliho merupakan pewaris dan pengurus harta peninggalan beliau.
Harta-harta peninggalan Haji Mohamad Said Daeng Patompo dinilaikan berjumlah $492,000.
Hubungan pelaburan dengan hartawan Bugis di Pasir dan Pegatan
Berdasarkan daftar tuntutan harta Haji Mohamed Said, beliau didapati turut menjadi ejen pelaburan kepada hartawan Bugis dari Pasir dan Pegatan untuk memiliki tanah ladang di Singapura. Selain daripada menggunakan modal yang beliau miliki, Haji Mohamed Said turut mendapat suntikan modal dari ibu saudaranya dari Pasir, iaitu Hajjah Daeng Tahirah, Hajjah Daeng Soharah serta seorang lagi yang tidak dikenalpasti, kesemuanya anak kepada Daeng Tadaleh, saudagar Bugis dari Pasir, untuk melabur dalam bidang hartanah di Singapura. Beliau juga berkerjasama dengan Andi Kechong bin Arung Abdul Rahim, anak kepada Raja Pegatan La Masalo @ Andi Sallo untuk melabur dalam bidang perladangan. Ini mengambarkan kaitan yang erat antara saudagar Bugis di Singapura dengan hartawan Bugis di Kalimantan sebagai penanam modal utama kepada usaha pemilikan dan pelaburan masyarakat Bugis.
Bahan Rujukan
Singapore Free Press and Merchantile Advertiser.
The Straits Times.
About the author and researcher
Daeng Paliweng is an independent researcher with an interest in documenting the Who’s Who among the Bugis in Singapore and other places in Malay Archipelago, particularly the individuals who have carved their names as important merchants, philanthropists and political or community leaders. He is a member of the Bugis Association of the State of Johor / Persatuan Bugis Negeri Johor (UGIK).
Leave a Reply